Saturday, December 4, 2010

Jadikan Mereka Tempoyak

Betullah Kita ini mentimun dan Mereka itu durian. Kitalah yang mengada-ada menjadikan Mereka itu durian. Selepas Kita menjadikan Mereka durian, Kita digelek-geleknya, sehingga bukan kulit Kita sahaja yang luka parah, malah hancur dan terputus-putus Kita.

Padahal, sebelum Kita menjadikan Mereka durian, Mereka meminta-minta dan merayu-rayu macam peminta sedekah sehingga kalau Kita suruh Mereka membasuh berak Kita, berebut-rebut Mereka hendak membasuh berak Kita itu. Kalau Kita suruh Mereka membasuh berak Kita dengan tangan kanan pun Mereka sanggup.

Durian itu perlu Kita ajar. Mari Kita yang mentimun ini jadikan Mereka tempoyak. Kita lenyek-lenyek tempoyak itu. Kemudian kita siram dan simbah Mereka dengan petrol, gula, gas, dan sebagainya. Sampai bila Kita yang mentimun ini sahaja asyik kena sahaja!

10 comments:

  1. Assalamualaikum, Tuan Zulkifli.
    Ahah, inilah luahan rasa kecewa yang disampaikan dalam genre yang menarik! Teringat pula gulai lemak tempoyak ikan patin yang popular di Temerloh. Hehehee..

    ReplyDelete
  2. Salam, Cikgu;
    Sedih mengenangkan orang kurang pendapatan dan yang tiada pendapatan mendepani situasi ini.

    Tulisan Cikgu dalam Blog Ccikgu betul sangat.

    ReplyDelete
  3. Sdr. Zul,

    Mentimun atau timun kebanyakannya lupa bahawa sebahagian durian itu hanya durian belanda yang lebih lembik daripada timun sendiri. Durian betul pun kulitnya sahaja yang keras; apabila telah dibuang kulitnya, maka isi durian pun lembik dan mudah amat dilenyek oleh timun. Kalau durian sudah merajalela, maka kita usahakan membuang kulitnya itu.

    ReplyDelete
  4. Salam, Prof;
    Ayuh, kita telanjangkan durian itu!

    Saya seperti sudah meletakkan iltizam dalam jiwa, tidak akan memilih durian itu, lagi.

    ReplyDelete
  5. Salam. Selamanya pun kita akan jadi mentimun kerana kita tidak pernah mahu menjadi durian. Sesiapapun menjadi durian akan membawa resam yang sama percayalah! Malah mentimun pun akan melenyek jika bertukar status menjadi durian. Itu sudah resam manusia dan hukum alam.

    ReplyDelete
  6. Salam, Anon,
    Terima kasih kerana memberikan komen.

    Betul kata Sdr jika melihat pada keadaan semasa. Tetapi, kalau setiap daripada Durian meletakkan Islam sebagai pegangan, dan sentiasa ingat dan takut akan balasan Allah, saya yakin bahawa orang tidak akan berperilaku seperti Durian.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  7. Salam kembali,
    Tidak dinafikan dalam Islam sistem pentadbirannya sangat sahih. Durian dengan tanggungjawabnya dan mentimun juga dengan peranannya. Akan tetapi kita tidak boleh menjadi begitu 'selfish' kerana sebagai manusia kita ada kelemahannya. Dalam konteks masa kini, kita perlu melihat keadaan dalam pelbagai perspektif yang berbeza-beza kerana Allah menjadikan makhluk-Nya pelbagai. Barangkali yang baik bagi kita, kurang baik bagi orang lain. Durian juga ada pelbagai klon, dan untuk mendapat yang terbaik kita perlu membayar dengan harga yang mahal, dan sering kita tertipu kerana isinya sukar diramal. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  8. Kita lenyek-lenyek durian itu, kemudian masukkan cili dan kita cicah mereka. Biar mereka berada di usus besar kita, dan kemudiannya kita buang mereka ke tempat sewajarnya.

    ReplyDelete
  9. Salam, Anon,
    Kita perlu memegang Islam, barulah yang baik pada pandangan kita baik pada pandangan orang lain. Itu pun kalau orang itu pun memegang Islam.

    (Mengapakah Durian kini tidak boleh menjadi Khalifah Umar Abdul Aziz, yang benar-benar mendahulukan rakyat?)

    Salam, Khairul,
    Kita tidak mungkin beroleh apa-apa yang kita hasratkan selagi Allah tidak menghendakinya. Durian itu belum tentu dapat kita lenyekkan.

    ReplyDelete
  10. Salam Sdr. Zul.
    Jangan menyesal kerana kita mentimun dan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap durian (yang kita marahkan). Barangkali durian yang kita pilih itu yang terbaik anugerah Allah. Ingat Kun Fayakun Allah, walaupun kita tidak berpuas hati, tetapi itulah yang terbaik dan barangkali yang kita sangka baik belum tentu dapat memuaskan hati kita.

    ReplyDelete