Ada sedikit rasa hairan dalam hati saya apabila tiba-tiba saya melihat rakyat Malaysia (rakan-rakan di sekeliling saya serta orang-orang yang tidak saya kenali) bercakap tentang pasukan bola sepak Piala AFF Malaysia. Tiba-tiba saya mendapati suasana suram sukan bola sepak Malaysia sejak beberapa dasawarsa seperti telah kembali ke asalnya, setidak-tidaknya seperti semasa zaman kegemilangannya pada tahun 1970-an dan 1980-an (yang sempat saya ikuti sepenuhnya dan masih saya ingati hingga kini).
Suatu ketika, bola sepak Malaysia seperti dilupakan, dibenci, dan menjadi kutukan orang. Biasa saya dengar, apabila saya bertanya kepda rakan-rakan sama ada mereka ada menonton perlawanan bola sepak Malaysia lawan pasukan itu, pasukan ini, jawaban yang saya dengar ialah “Ah, buang masa aje!” atau “Ah, buek ngabehkan bogheh jo!” Kalau diajak ke stadium, jawaban yang didengar lebih menyakitkan hati.
Tetapi, sejak Piala AFF berlangsung, perhatian rakyat terhadap pasukan Malaysia berubah benar. Rakan-rakan saya sibuk bercerita tentang pasukan Malaysia. Kalau mereka ini dapat diangkat sebagai mewakili sebahagian besar rakyat Malaysia, saya rasa perkembangan ini sangat positif.
Selepas perlawanan pertama Malaysia pada peringkat kumpulan menentang pasukan Indonesia, hati saya, apabila membaca Blog dari “rakan seberang”, terluka sangat. Ada “rakan seberang” yang berkata bahawa Malaysia selama-lamanya sering berada di bawah Indonesia – muzik kita kalah kepada mereka, budaya kita kalah kepada mereka, bola sepak pun kita biasa ditumpaskan sampai 1-5! Begitulah penghinaan yang dilemparkan mereka kepada kita.
Saya sebenarnya tidak begitu meyakini pasukan Malaysia walaupun sentiasa menyokong pasukan negara. Mungkin hal ini berlaku begitu kerana keterumbang-ambingan pasukan Malaysia dalam sukan bola sepak sudah berlaku terlalu lama sehingga ranking FIFA kita menjunam dengan begitu teruk sekali. Sebelum pasukan Malaysia menentang Indonesia malam tadi pun, perasaan itu tetap ada walaupun saya sudah menyaksikan permainan pasukan Malaysia yang meyakinkan hati semasa mereka menentang pasukan Thailand dalam peringkat kumpulan dan semasa menentang pasukan Vietnam pada peringkat separuh akhir pusingan pertama. Sebelum perlawanan malam tadi, hati saya berkata “Entah berapalah Malaysia kena malam ini”. Saya bergantung pada ramalan personaliti sukan di dada akhbar untuk menyedapkan hati saya.
Terbukti bahawa pasukan Malaysia sangat cemerlang malam tadi. Syabas! Meratah pasukan Indonesia dengan jaringan 3-0 sesuatu yang luar biasa. Keegoan pasukan Indonesia malam tadi dilongkangkan oleh anak-anak muda didikan Rajagobal. Mereka bermain seperti tiada tekanan (sesuatu yang berbeza daripada beberapa pasukan Malaysia yang dilatih oleh beberapa orang jurulatih sebelum ini – apabila kita menaruh harapan menggunung pada mereka, mereka bermain seperti pasukan yang dianggotai oleh pemain yang berusia 12 tahun!)
Namun, semangat patriotik rakyat negara ini (khususnya penyokong yang membanjiri stadium) serta para pemain, telah dicacatkan oleh seorang dua penyokong yang membuat tindakan bodoh. Kecanggihan perkakasan moden telah disalahgunakan sekali gus telah mencemarkan nama negara. Mereka menggunakan suluhan laser kepada pemain lawan. Malah, suluhan ini telah digunakan sejak awal lagi, yakni semasa barisan pemain baru diperkenalkan. Pengadil, sayangnya, tidak ambil peduli akan hal ini. Pasukan keselamatan demikain juga. Seharusnya, ada pasukan keselamatan yang mengesang (dengan cara meneropong dsb) ke arah datangnya suluhan itu, menggerakkan anggota mereka ke arah itu dan menangkap gerangan si durjana itu. Hal ini tidak boleh dibiarkan berlaku kerana kita rakyat yang bertamadun, yang memiliki semangat kesukanan yang tinggi. Jangan dibiarkan seorang dua orang yang tidak bertamadun ini merosakkan nama baik keseluruhan rakyat Malaysia. Tuanku Presiden FAM pasti terpalit aib oleh gelagat yang sebegini (walau bagaimanapun, tahniahlah Tuanku kerana ramalan Tuanku bahawa Malaysia akan menang 3-0 menjadi kenyataan).
Apa-apa pun, kita telah berjaya menempuh halangan pertama. Halangan kedua sedang menunggu pada 29 Disember nanti. Jangan sampai terlepas peluang untuk mendakap Piala AFF itu (untuk kali pertama) walaupun berkemungkinan kita kalah di sana. SELAMAT BERJUANG, WIRA BOLA SEPAK NEGARA! Anda telah melakukannya ke atas pasukan Vietnam. Lakukan perkara yang sama ke atas pasukan Indonesia pula! Insya-Allah....

Assalamualaikum, tuan.
ReplyDeleteTipu jika kita katakan skuad kebangsaan tidak pernah menyumbang apa-apa perasaan (bangga mahupun kecewa) terhadap harapan yang kita titipkan setiap kali mereka berjuang. Sejujurnya, secara peribadi memang saya juga tidak berkeyakinan skuad Harimau Muda kita boleh menang (apatah lagi menang besar) malam tadi (walaupun jauh di sudut hati, tetap tidak rela jikalau kita tewas lagi).
Namun, apa yang terjadi malam tadi memang sangat membanggakan. Semoga kejayaan anak-anak muda ini menjadi satu petanda kebangkitan yang sukar direbahkan.
p/s : Gangguan sinaran laser juga pernah dialami oleh penjaga gol skuad kita semasa tewas 1-5 kepada Indonesia di pusingan awal dahulu (boleh cari rakamannya di Youtube bertajuk 'laser hijau bantu Indonesia kalahkan Malaysia 5-1'). Namun kita kalah bermaruah - sedikit pun tidak bising mempertikaikan kekalahan sendiri... :)
Apa pun, saya tetap tidak bersetuju dengan perbuatan penonton yang menggunakan pancaran laser itu. Memalukan negara.
ReplyDeleteSalam, Cikgu;
ReplyDeleteLama tidak membaca buah fikiran Cikgu lewat Blog. Sibuk tentunya.
Dalam tidak yakin terhadap skuad Harimau Muda itu, saya juga tidak rela kita diaibkan oleh pasukan yang ada kalangan rakyatnya menggelarkan kita sebagai Malingsia. Alhamdulillah, anak-anak Harimau Muda telah membanggakan kita, setidak-tidaknya malam tadi.
Yang mencacatkan patriotisme tidak harus dibenarkan langsung. Saya tidak tahu pula Indonesia ada menggunakan suluhan laser semasa menentang pasukan kita dalam perlawanan pertama dahulu. Saya akan menonton YouTube.
Kata kawan saya, pasukan kita tidak usah pakai jersi kuning lagi. Ha, ha!