Lee Chong Wei berjaya menjuarai Kejohanan Badminton All England untuk kali kedua secara berturut-turut setelah menjuarainya pada tahun lalu.
Pada tahun ini, kemenangannya sangat bermakna kerana beliau memenangi semua perlawanan tanpa kalah satu set pun. Dalam erti kata lain, beliau memenangi setiap permainan secara terus (straight set).
Kejuaraan yang diperolehnya tambah bererti apabila dalam perlawanan akhir kejohanan itu, seteru yang dikalahkannya ialah Lin Dan dari China. Beliau mengalahkan seteru yang sangat ingin dikalahkannya itu secara permainan terus, iaitu dengan keputusan 21-17, 21-17. Dalam perjalanan untuk menjadi juara juga, selain mengalahkan Lin Dan, beliau telah mengalahkan dua orang pemain lain dari negara China, iaitu Bao Chunlai dan Chen Long.
Sebagai imbasan, yang berikut ini ialah keputusan semua perlawanan yang melibatkan Lee Chong Wei dari pusingan awal hingga ke peringkat separuh akhir:
Pusingan Pertama: Lee Chong Wei kln Leverdez Brice (Perancis) 21-9, 21-11
Pusingan Kedua: Lee Chong Wei kln Bao Chunlai (China) 21-16, 21-16
Pusingan Suku Akhir: Lee Chong Wei kln Boonsak Ponsana (Thailand) 21-15, 21-7
Pusingan Separuh Akhir: Lee Chong Wei kln Chen Long (China) 21-17, 21-13
Tahniah, Datuk Lee Chong Wei! Kita berharap agar akan lahir lebih banyak ahli sukan yang komited dalam sukan yang disertainya dan sangat kuat azamnya untu menjadi juara.
Kemenangan itu memang manis buat chong wei dan rakyat malaysia. Tapi kemenanga itu banyak juga dibantu oleh Lin dan sendiri yang tidak accurate. Dia banyak buat silap....
ReplyDeleteSdr Anon,
ReplyDeleteKalau Sdr biasa menyaksikan perlawanan yang melibatkan kedua-dua pemain, Sdr akan dapati pemenangnya hanya ditentukan oleh pemain yang kurang melakukan kesilapan kerana standard kedua-dua pemain sama. Dalam Kejohanan Terbuka Korea Januari lalu, Lin Dan sangat accurate dan Chong Wei banyak buat silap, maka Lin Dan menang. Malam tadi, Lin Dan banyak buat silap manakala Chong Wei lebih accurate, maka Chong Wei menang.