Wednesday, March 9, 2011

Renungan: Cerita Akan Datang

“Sebagai umat Islam, kita haruslah bersedia untuk mati syahid. Kematian kerana ditusuk mata pedang atau ditembusi peluru kerana mempertahankan Islam, atau kerana menentang kekejaman, atau kerana menentang pemerintah yang zalim, tergolong sebagai mati syahid....” Begitulah seorang penceramah memberikan ceramahnya kepada jemaah di sebuah masjid di negara ini pada tahun 2015, 2016, 2017, dan seterusnya nanti.

Seorang jemaah bertanya, “Minta maaf, Ustaz. Saya ingin bertanya, Ustaz berkelulusan daripada universiti mana?”

“Saya belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir...,” Ustaz itu menjawab.

“Semasa demonstrasi rakyat Mesir untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak dahulu, Ustaz berada di sana?” Jemaah yang sama bertanya lagi.

“Oh, saya masih menuntut di sana,” Ustaz itu menjawab dengan jujur.

“Adakah ustaz antara pelajar yang pulang ke Malaysia untuk menyelamatkan diri semasa demonstrasi itu berlangsung?” Jemaah itu terus bertanya.

“Tidak, saya tidak pulang. Saya terus tinggal di sana bersama-sama dengan beberapa orang kawan sebagai tanda menyokong usaha rakyat Mesir untuk menggulingkan pemerintah yang zalim. Malah, saya dua kali menyertai rakyat Mesir untuk menunjuk perasaan di Medan Tahrir. Alhamdulillah ... saya beroleh pengalaman yang sangat berguna daripada penyertaan itu. Lagipun, kalau saya pulang ke Malaysia pada waktu itu, saya bimbang saya akan dimurkai oleh Allah SWT kerana tergolong sebagai orang yang lari dari medan perang.... Saya juga bimbang, kalau saya pulang ke Malaysia pada waktu itu, saya akan dicop oleh rakan-rakan saya dan para demonstran sebagai orang yang tidak memiliki semangat setia kawan yang kemudiannya tidak diterima untuk kembali ke Mesir semula!”

Alhamdulillah....” Seluruh jemaah mengucapkan kalimat itu bersama-sama.

Kalau yang menyampaikan ceramah tentang mati syahid itu ialah salah seorang ustaz yang pulang ke Malaysia semasa demonstrasi menggulingkan Presiden Hosni Mubarak berlangsung, apakah pendirian kita?

6 comments:

  1. Mengikut pndgn sy usaha kerajaan membw pelajar di Mesir pulang utk elakkan mrk melihat & merasai sendiri bgmana rakyat Mesir menggulingkan pemerintah mrk. Kerajaan tdk mahu pelajar kita menyakisikannya sendiri serta mndpt pengalaman itu & mmpraktikkannya di negara kita. Sejarah mmbuktikan reformasi oleh Syekh Muhd Abduh & Syed Jamaluddin Al Afghani di Mesir dulu yg memperjuangkan semangat pembaharuan dlm Gerakan Al-Tajdid Wal-Islah tlh mmpengaruhi fikiran pelajar kita spt Syed Syekh Al Hadi & Syekh Tahir Jalaluddin yang belajar di sana. Kedua-dua pelajar kita itu berjaya mengubah fikiran rakyat negara kita di waktu itu. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  2. sdr tdk ada adek beradek atau anak di Mesir masa kekecohan tempuh hari jadi sdr tdk tahu mcm mana perasaan kami... kalau sdr ada tentu sdr akan berharap mereka juga balik demi keselamatan...

    ReplyDelete
  3. Sdr Anon March 10, 9:08 AM,
    Ada benarnya pandangan Sdr itu.

    ReplyDelete
  4. Sdr Anon March 10, 10:17AM;
    Di Filistin, berapa banyakkah rakyatnya yang lari dari negara mereka untuk menghindar daripada kekejaman rejim Israel? Di Filistin, banyak ibu yang mengeluh dan bersedih selepas kematian anak-anak mereka sebagai akibat kekejaman Israel.

    "Alangkah sedihnya aku kerana selepas kematian anak lelaki itu, tidak ada lagi anakku yang akan berjuang untuk menentang Israel keparat ini! Alangkah baiknya kalau aku dikurniai 10 orang anak lelaki yang kesemuanya dapat mempersiapkan diri untuk mati syahid!" kata si Ibu.

    ReplyDelete
  5. Sdr Zuwairi Aiman,
    Terima kasih....

    ReplyDelete