Monday, March 21, 2011

Serangan Pun Bermula

Serangan pun bermula. Maka ada pihak yang terpaksa mempertahankan diri. Kalau yang diserang negara, kebarangkalian untuk rakyat awam mati sangat tinggi. Kasihan rakyat jelata, kerana ada pihak yang hendak menunjukkan kuasa, mereka yang binasa.

Tetapi, kalau yang diserang peribadi, kebarangkalian untuk peribadi itu binasa belum pasti kerana serangan mungkin fitnah. Kalau serangan itu betul pun, mereka masih dapat tegak. Ada yang pernah diserang dan peribadi itu masih tegak ... sebagai presiden.

Rakyat banyak membuang masa melayan hal begini. Yang elok kita lakukan ialah usah dilayan hal-hal begini. Allah menyuruh kita menghindari perbuatan yang mengaibkan diri, keluarga, dan agama. Allah juga menyuruh kita menyembunyikan keaiban yang pernah dilakukan.

Malaysia, oh Malaysia!

5 comments:

  1. Salam, Tuan Zulkifli...
    Inilah strategi namanya. Jikalau plan A tidak dapat dilaksanakan, akan ada plan B pula menyusul. Tunggu sahajalah plan C pula selepas ini, mungkin akan melibatkan haiwan pula selepas strategi melibatkan dua kategori manusia tidak menjadi, hehehehee...

    ReplyDelete
  2. Salam, Cikgu,
    Di satu sisi lain, pemerintah memuji melambung kecemerlangan anak-anak kita kerana lulus cemerlang dalam peperiksaan, tetapi di sisi lain ibu bapa pelajar dihidangkan dengan hal-hal yang membuang masa ini. Beginikah caranya kita hendak menjadi negara maju pada 2020 nanti?

    Harus menjadi benar telahan Cikgu. Akan ada plan lain menyusul.

    ReplyDelete
  3. Begitulah hebatnya plot untuk mematikan watak sang hero...si jahat akan bertambah jelas wajahnya, semua sudah tahu siapa tuan punya cerita, siapa pencacainya dan apa habuannya...semua kian terbarai...rupa-rupanya mereka tidak sedar perancangan Allah tiada tandingannya.

    ReplyDelete
  4. Begitulah hebatnya plot untuk mematikan watak sang hero...si jahat akan bertambah jelas wajahnya, semua sudah tahu siapa tuan punya cerita, siapa pencacainya dan apa habuannya...semua kian terbarai...rupa-rupanya mereka tidak sedar perancangan Allah tiada tandingannya.

    ReplyDelete
  5. Salam, Sdr Mendewa,
    Alangkah jeliknya perbuatan mereka! Rupa-rupanya, ada kalanya Allah menyerlahkan kemuliaan seseorang hamba-Nya daripada kejelikan hamba-Nya yang lain.

    Allahu Akbar! Benarlah Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui sesuatu perkara. Tidak ada yang rahsia pada Allah.

    ReplyDelete