Friday, April 30, 2010

Memahami Gerak Politik Bangsa Lain

Dato’ Ibrahim Ali, dalam suatu kenyataannya menyarankan pihak kerajaan supaya menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina yang dianggap sebagai “tidak berterima kasih” dan “tidak menghargai” segala jasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kaum itu. Hal ini disarankan beliau selepas pengundi Cina di Hulu Selangor jelas memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Khabarnya, sokongan yang diberikan oleh orang-orang Cina kepada BN di situ tidak sampai 30% pun.

Saranan Ibrahim Ali yang berbau dendam dan sedikit rasis itu menyentuh hati pemuka parti-parti majoriti Cina. Ada kalangan pemuka parti Gerakan yang marah dengan saranan itu. Chua Soi Lek dari parti MCA marah juga malah menuduh Ibrahim gila publisiti. Cina-Cina di pihak lain pun marah juga.

Kita faham akan tujuan Ibrahim Ali memberikan saranan yang sedemikian, iaitu untuk “mengajar” orang-orang Cina di Hulu Selangor. Tetapi politik dendam bukan ciri-ciri yang ada dalam amalan demokrasi. Hal itu, barangkali, tidak disedari oleh beliau.

Yang sangat signifikan tentang saranan Ibrahim Ali itu ialah bagaimana pemuka-pemuka Cina melayan saranan itu. Baik yang di dalam kerajaan, iaitu MCA dan Gerakan, mahupun yang di luar kerajaan, emosi mereka sama. Mereka sama-sama mempertahankan bangsa mereka.

Adakah hal ini wujud dalam masyarakat Melayu? Kerajaan Kelantan yang dianaktirikan adakah dilayan dengan saksama oleh para pemuka Melayu daripada semua jenis parti, khususnya yang berada di dalam kerajaan? Adakah emosi mereka sama seperti Chua Soi Lek yang jelas hendak mempertahankan kebajikan bangsanya?

Kalaulah ditakdirkan parti yang menguasai Pulau Pinang dan sedang memerintah negeri itu sekarang menganaktirikan orang Melayu, kita tidak harus menyalahkan mereka kerana parti Melayu yang menguasai kerajaan Persekutuan telah lebih awal mempraktikkannya terhadap orang Melayu sendiri! Dalam erti kata lain, mereka sedang mencontoh apa-apa yang telah dilakukan oleh “mentor” mereka.

Saranan Ibrahim Melayu seharusnya menyedarkan orang Melayu tentang pendirian bangsa lain terhadap bangsa mereka walaupun mereka berbeda fahaman politik.

2 comments:

  1. melayu yang berkuasa menindas melayu yang tidak berkuasa..kerana kuasa untuk harta anak bini dan kroni...melayu yang berkuasa adalah melayu ayam daging tang tak mampu bersaing dipentas rata. mereka memperalatkan agensi dan keewangan negara diguna seolah harta mereka. Kemajuan yang mereka bangun khusus menjelang PRU bukanlah dilaksana dengan ikhlas. Kesannya lahirlah projek mee segera yang membazir dimana kosnya berganda kerana projek kecemasan dan segera. Kroni yang untung...mereka mengayakan tycoon-tycoon yang menjadikan mereka balaci. Mereka menggunakan kuasa politik untuk cari makan..kerana mereka tidak mampu bekerja secara jantan...

    ReplyDelete
  2. Salam, Sdr Faziz;
    Akhirnya kita menjadi seperti Melayu di Singapura.

    ReplyDelete