Monday, April 19, 2010

Orang PKR Menyeberang Lagi

Dr Halili Rahmat, antara calon yang disebut-sebut akan mewakili PKR dalam PRK P094, telah berkerat rotan, berpatah arang dengan PKR. Beliau hari ini telah mengumumkan perhijrahannya dari PKR ke UMNO.

Menurut Bendahari PKR Hulu Selangor itu, tujuan beliau mengisytiharkan perhijrahannya itu semasa kehangatan kempen PRK P094 sedang berlangsung adalah kerana tidak mahu namanya dimanipulasi oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendiriannya masih sama seperti pada zaman Deklarasi Permatang Pauh dahulu.

Perhijrahan itu juga, kata beliau, dilakukan kerana beliau berasa sukar untuk mempertahankan kredibiliti PKR. Hal ini demikian kerana dalam masa dua tahun Parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat, tidak ada apa-apa pun yang telah dilakukan oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor.

“Saya mengetahui dan faham bahawa Allahyarham Wakil Rakyat sebelum ini uzur, tetapi (yang) menghairankan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor.

“PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak mempedulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri,” tambahnya lagi.
(Sumber: Malaysiakini)

Hak untuk berpersatuan milik semua rakyat Malaysia. Hak untuk mengubah sokongan juga hak semua rakyat Malaysia. Dr Halili telah menggunakan haknya walaupun agak lambat. Beliau sepatutnya memilih sebelum pencalonan dibuat oleh pihak PKR.

Mujur jugalah PKR tidak memilih beliau sebagai calon di P094 kerana kelak kalau kebetulan beliau menang, dikhuatiri akan berlaku lagi Ahli Parlimen PKR yang menyeberang parti.

7 comments:

  1. Salam, Cikgu;
    Saya kecewa dengan golongan profesional yang tidak berpendirian. Atau kalau benar-benar kecewa, beliau seharusnya tidak memperlihatkan "kekecewaannya" semasa kehangatan PRK ini. Tunggulah sehingga semuanya usai. Barulah orang tidak berpersepsi bukan-bukan terhadap orang profesional seperti beliau.

    ReplyDelete
  2. kalau kenal siapa dr halili sebenarnya, saudara zulkifli tdk akan menulis begini...
    kadang-kadang kita melihat secara superficial tanpa tahu hati budi orang lain.
    saudara menulis bersandarkan persepsi semata-mata. sedih.

    ReplyDelete
  3. Dalam keadaan sekarang, sesiapa pun akan buat pandangan 'yang bukan-bukan'. Kita tidak boleh menyalahkan orang yang melihat dan menilai. Benar kata Tuan Zulkifli itu. Seharusnya Dr. Halili mengambil tindakan keluar parti sebelum penamaan calon atau selepas tamat PRK Hulu Selangor. Barulah orang tidak buat persepsi yang tidak betul tentangnya. Orang yang bijak seharusnya membuat pertimbangan yang benar-benar matang sebelum membuat keputusan demi nama baiknya sendiri. Sudah jadi begini, tidak boleh disalahkan sesiapa lagi...

    ReplyDelete
  4. Salam, Anon dan Cikgu Marni;
    Seperti saya tidak kenal Sdr Anon, saya juga tidak kenal Dr. Halili. Bezanya Dr Halili beridentiti, Sdr Anon tidak beridentiti.

    Apabila beliau berkata bahawa dalam masa dua tahun Parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat, tidak ada apa-apa pun yang telah dilakukan oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor, kita sedikit banyak dapat menilai diri beliau.

    ReplyDelete
  5. sdr zul mengakui menulis berdasarkan persepsi & 'menilai' dari jauh. tanpa kenal siapa orangnya yg sebenar.
    bezanya saya kenal dr halili & tidak menilainya berdasarkan persepsi semata-mata.
    sdr zul sendiri arif & maklum, persepsi tidak semuanya betul, bukan?

    ReplyDelete
  6. Tidak semua betul bermaksud sebahagiannya ada yang betul. Beginilah, persoalannya ialah sebagai profesional beliau harus menghindarkan dirinya daripada dipersepsikan. Jangan tunjukkan kekecewaan sekarang.

    ReplyDelete