Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF 2010: Apalah Gunanya Menang 5-1 Kalau Tidak Menjadi Juara?

Selepas pasukan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia ditewaskan oleh pasukan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno bulan lalu, pasukan kita itu dihanyak dengan pelbagai celaan, cacian, kejian oleh penyokong negara Republik itu. Mereka benar-benar memperlekeh pasukan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia. Membaca ulasan dan celaan mereka di Internet betul-betul menaikkan darah. Penghinaan menjadi-jadi benar. Saya tidak mahu membaca ulasan mereka selepas kita menjadi juara piala berprestij di Asia Tenggara itu malam tadi. (Syabas, Tahniah, Bravo untuk wira-wiraku kerana berjaya menjadi JUARA!)

Semasa saya membaca kupasan dan ulasan penyokong Indonesia lewat Internet semasa pasukan bola sepak kebangsaan mereka (dirujuk mereka sebagai timnas) “mengganyang” Malaysia pada hujung November lalu, hati saya berkata: “Apalah gunanya menang 5-1 kalau tidak menjadi juara?” Bisikan itu berterusan dan bertambah kuat apabila pasukan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia mampu meraih keputusan seri dengan pasukan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 Thailand (yang saya secara peribadi meletakkannya sebagai pasukan yang lebih handal daripada pasukan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 Indonesia). Dalam hati, saya berharap (berdoa?) agar pasukan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia dipertemukan dengan pasukan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 Indonesia sekali lagi dalam perlawanan akhir. Kemenangan 2-0 pasukan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia terhadap pasukan bekas juara, Vietnam, seperti telah menunaikan harapan saya.

Pasukan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia kemudiannya benar-benar melangkah ke perlawanan akhir apabila seri di Vietnam. Pada perlawanan akhir pusingan pertama pada 26 Disember 2010, saya (seperti rakyat Malaysia yang lain) sangat menaruh harapan agar pasukan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia akan menang ke atas pasukan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 Indonesia walaupun saya memang kurang yakin. Tup-tup, mereka menang 3-0! Bisikan “Apalah gunanya menang 5-1 kalau tidak menjadi juara?” bersipongang dalam kepala dan ingin sekali saya menulisnya dalam Blog “SigapSiaga” saya ini, tetapi saya takut bisikan itu tidak memihak kepada saya dan akhirnya saya akan malu sendiri.

Malam tadi wira-wira kita telah mengesahkan bisikan saya. Saya benar-benar gembira. Kepada penyokong Indonesia, saya (emosional sedikit) ingin mengulangi “APALAH GUNANYA MENANG 5-1 KALAU TIDAK MAMPU MENJADI JUARA”. Lebih mengaibkan, pemain kalian yang tidak tahu bagaimana untuk menjaringkan gol melalui sepakan penalti diangkat menjadi pemain terbaik. Saya kira, dia hanya layak dianugerahi sebagai pemain TERBALIK kejohanan! Atau anugerah itu mungkin diberikan kepadanya sebagai rakyat Indonesia bagi memastikan pasukan Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia tidak pulang menaiki kereta kebal!

Stadium “Keramat” Gelora Bung Karno perlu ditukar nama kepada Stadium Gelora Bung ... Kus. Maaf!

(Beberapa kerat rakyat Indonesia, dengan semangat yang meluap-luap dan dengan peranan batu api medianya, sering melaungkan slogan “Ganyang Malaysia” – dengan maksud hendak menyerang Malaysia. Tetapi, saudara-saudaraku, mampukah kalian mengganyang kami kalau baru dengan suluhan laser hijau kalian sudah bisa dilongkangkan?)

Ah, entri ini...!

4 comments:

  1. Salam, pasukan kita memang dalam kehormatan. Diejek kita tenang dan bila menang kita tetap tenang tidak bongkak. itulah kelebihan Melayu Malaysia!

    ReplyDelete
  2. Salam, Ummu Hani,
    Sikap yang Ummu Hani gambarkan itu mencerminkan hakikat betapa kita memang lebih mendahulukan akal dan rasional daripada emosi. Ciri-ciri begitu ialah ciri-ciri orang intelektual.. dan berakhlak.

    ReplyDelete
  3. Menyerang peribadi lawan termasuk menghamburkan hinaan yang selayaknya bukan untuk manusia ditambah lagi provokasi murahan sehingga mengganggu persiapan pemain lawan adalah STRATEGI TERDESAK golongan yang tewas dan rendah daya fikir. Oh! dah faham.. mereka guna laser, itu strategi..golongan minoriti kita guna laser..itu PENIPU! penyokong kita dikatakan tidak semangat kesukanan..rupanya kena berpiket kt hotel barulah sporting! Usus boleh putus gelak dengan sandiwara sesetengah penyokong mereka! Tahniah Malaysia..Tanah Tumpahnya Darahku..

    ReplyDelete
  4. Salam, Anon,
    Yang menampakkan mereka lebih sporting adalah apabila pasukan kita sampai kena menaiki Baracuda untuk ke stadium. Penyokong pasukan kita diletakkan di kawasan belakang gol sambil dikelilingi beruk-beruk berbaju merah yang tidak tahu hormat akan Lagu Kebangsaan negara lain.

    ReplyDelete