Thursday, March 3, 2011

Harga Petrol, Diesel, dan Gas Dikekalkan Sampai Bila?

Paras harga petroleum yang ditakuti oleh orang akhirnya dilangkaui juga — harga bahan bakar itu kini sudah melangkaui angka AS100.00 setong. Yang terkini, harga itu sudah mencecah harga lebih daripada AS102.00 setong.

Apakah makna kenaikan harga bahan bakar ini kepada kita? Maknanya ialah PETRONAS akan beroleh keuntungan yang lebih tinggi daripada perniagaan bahan ini. Tetapi, adakah kita membayangkan PETRONAS akan membantu kerajaan mengekalkan harga petrol yang kita gunakan pada harga yang kita nikmati sekarang? Tidak, PETRONAS tidak dapat berbuat demikian kerana pengekalan harga bahan api untuk kegunaan rakyat bukan terletak di tangan mereka.

Jadi, adakah kita mengharapkan kerajaan yang berkuasa sekarang untuk mengekalkan harganya? Sudah tentu begitu harapan kita, kerana kerajaan sekarang berjanji untuk mendahulukan rakyat. Saya yakin, kerajaan sekarang akan melakukan demikian. Tetapi percayalah bahawa pengekalan harga bahan itu pada harga sekarang hanya dapat kita nikmati untuk tempoh yang sangat pendek — hingga PRK Merlimau dan Kerdau usai. Selepas itu, kita perlu mengeluarkan belanja yang lebih untuk membeli petrol, diesel, dan gas! Waktu itu akan kita dapati bahawa kerajaan memang berpegang pada janji, iaitu bahawa pencapaian diutamakan.

Jelas bahawa sebagaimana pelanjutan tempoh akhir bayaran saman diskaun dilakukan atas sebab politik, pengekalan harga petrol ini pada harga sekarang juga adalah atas sebab politik! Mungkin saya silap, tetapi begitulah yang selalunya.

6 comments:

  1. Sememangnya... begitulah selalunya...

    ReplyDelete
  2. Salam, Sdr Dopey,
    Harap-harap, harga petroleum turun sebelum PRK Kerdau Merlimau ... tak sempatlah harga bahan api itu dinaikkan oleh menteri kita. Tak selalu begitu, kan...?

    ReplyDelete
  3. Teringat pula lirik lagu Berhenti Berharap... Hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Salam, Cikgu Marni,
    Kalau kena gayanya, kita harap akan ada perubahan tampuk pemerintahan. Kalau ada perubahan, biarlah pula yang memerintah itu ikhlas mendahulukan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Hahaha...
    Oh, tidak... tak mungkin berlaku sebegitu Sdr Zul.
    Tak berani nak mengharap pun... sudah pasti akan kecewa sekecewanya...!

    ReplyDelete
  6. Salam, Sdr Dopey,
    Kita berharap agar rakyat negara ini bersedia untuk mengubah nasib mereka. Tidak salah mengharap....

    ReplyDelete