Cerita ini disampaikan oleh almarhum bapa mentua saya. Beliau berkata, semasa dia menjadi salah seorang tenaga kerja di sebuah syarikat kereta ternama dunia, seorang rakan bukan Islam bertanya kepada beliau tentang solat. Bapa mentua saya sedar bahawa soalan itu untuk memerangkap dan mempersenda-sendakannya sebagai penganut agama Islam.
Rakannya itu bertanya, mengapakah orang Islam bersolat dengan menonggeng-nonggengkan buntut kepada orang lain; mengapakah mesti mengangkat-angkat tangan seperti orang surrender dalam perang sedangkan kononnya orang Islam sayang akan Tuhannya, orang Islam suci dan tidak bersalah? Begitulah lebih kurang cerita almarhum bapa mentua saya. Waktu itu saya masih baru sebagai ahli keluarganya.
Apakah reaksi beliau (bapa mentua saya) terhadap soalan rakannya itu? Ya, oleh sebab rakannya itu hendak mempersendakannya, beliau menjawab dengan sendaan juga. (Barangkali beliau pernah mendengar jawaban yang serupa terhadap pertanyaan seperti itu daripada orang lain atau gurunya. Saya kurang pasti akan hal itu tetapi saya sangat tertarik dengan jawaban beliau.)
“Kita orang sangat bersih. Sebab itulah kita orang tunjuk semua bahagian, tidak sorok-sorok,” kata beliau. “Kita orang angkat tangan dan buka supaya Tuhan nampak kita orang punya tapak tangan sangat bersih, tidak ada dosa. Kita orang tonggeng bukan mahu ejek siapa-siapa, tapi mahu tunjuk bahawa bahagian itu juga bersih. Kemudian kita orang sujud, dan masa kita orang sujud, kita orang tunjukkan bahawa kita orang punya tapak kaki pun bersih dan tidak ada dosa.
“Kita orang tidak serupa you orang. You orang semasa sembahyang semua mahu sorok sebab tidak bersih dan banyak dosa. Dua-dua tangan kasi tutup sebab mahu sorok itu tapak tangan yang kotor. Dua-dua tangan kasi rapat pada badan sebab ketiak pun kotor. Kemudian, duduk cangkung sebab mau sorok itu punggung dan tapak kaki yang juga kotor dan banyak buat salah.”
Begitulah lebih kurang jawaban almarhum bapa mentua saya (menurut yang diceritakannya kepada saya). Jawaban “kebodoh-bodohan” yang dapat dikatakan realisitik sangat sesuai untuk soalan yang jelas bodoh dan bertujuan mempersenda-sendakan agama dan kepercayaan orang lain.
Begitulah sebahagian cerita tentang sikap orang bukan Islam yang sudah sedia kita ketahui sangat memusuhi, membenci, dan bersyak wasangka terhadap agama Islam yang suci ini serta penganut-penganutnya. Malah, banyak cerita lain lagi yang biasa kita dengar tentang usaha-usaha orang bukan Islam hendak mempersenda-sendakan dan memperlekeh agama yang kita junjung ini.
Dalam satu peristiwa, diceritakan bahawa seorang lelaki Islam yang agak berumur sedang berwuduk di singki di dalam sebuah bilik air (tandas?). Apabila tiba ke bahagian kaki, dia mengangkat kakinya ke dalam singki. Apabila melihat perlakuan yang demikian, orang bukan Islam yang turut berada dengannya di dalam bilik air (tandas?) itu menegur perbuatan lelaki berumur itu dengan berkata dengan sinisnya, “Hello, sink bukan tempat untuk cuci kaki tau, tapi untuk cuci muka. You telah mengotorkan sink ini”.
Orang tua itu tidak memberikan reaksi segera sebaliknya terus menyudahkan wuduknya dan setelah usai dia pun berkata, “Boleh saya tahu, berapa kalikah awak membasuh muka awak dalam sehari?”
“Dua kali sehari,” jawab orang bukan Islam itu.
“Kalau begitu, kaki saya lebih bersih daripada muka awak kerana saya membasuh kaki saya sekurang-kurangnya lima kali sehari,” lelaki berumur itu berkata dan berlalu.
Terserlah sekali kebijaksanaannya dalam mematahkan sindiran lelaki bukan Islam itu. Saya sendiri mempunyai pengalaman tentang perkara ini. Seorang rakan setugas bukan Islam bertanya sama ada saya pernah membasuh kaki di singki. Saya menggeleng kerana tidak pernah melakukannya (sekarang sudah pernah, khususnya di rumah sendiri). Dia bertanya kerana pernah melihat teman saya melakukan perbuatan yang sama dengan lelaki berumur dalam cerita di atas. Saya tidak memberikan komen kerana tidak tahu apa yang difikirkannya. Cuma saya terfikir, betulkah singki bersih sedangkan orang sering berludah dan berkahak malah ada yang muntah di dalamnya sehingga tersumbat dan sebagainya? (Kalau pada masa itu saya sudah mendengar cerita ini, tentu saya akan memberikan hujah yang sama dengan lelaki berumur itu.)
Ada satu lagi cerita menarik yang pernah saya dengar tentang sikap orang bukan Islam yang hendak memperlekeh Islam ini. Seorang bukan Islam bertanya, mengapa orang Islam kalau terbatal solat kerana terkentut perlu mengambil wuduk dengan membasuh muka. Pada pandangannya, yang kentut ialah buntut, maka buntutlah yang perlu dibasuh (diwudukkan?) Ah, alangkah kurang ajarnya!
Seorang pemuda yang bijak menjawab dengan tenang, “Solat dalam Islam ialah suatu perjumpaan, suatu majlis. You, kalau berada dalam suatu majlis dan tiba-tiba terkentut, bahagian manakah pada diri you yang berasa malu? Muka atau buntut? Tentulah muka, bukan. Jadi sebab itulah kami membasuh muka lebih dahulu dan bahagian-bahagian lain apabila terkentut.”
Jawaban yang memukul ini perlu kita praktikkan tetapi lakukanlah dengan berhemah dan berhikmah. Allah SWT sendiri telah menasihati Nabi Allah Musa dan Nabi Allah Harun (sebelum kedua-duanya menemui Firaun) supaya bercakap dengan lembut apabila berhadapan dengan “raja” yang sombong itu.
Dengan cara itu, moga-moga mereka akan tertarik dengan Islam.

Menarik cerita nih...sy tak pernah ada pengalaman macam nih,....mungkin kerna dikelilingi oleh golongan bukan Islam yang memahami dan pandai menjaga sensitiviti keagamaan...~~
ReplyDeleteSalam, Sdr Daud;
ReplyDeleteKadang-kadang ada seorang dua golongan bukan Islam yang berperangai "pelik" macam tu.
Saya ada kawan bukan Islam yang marah dan mempertikaikan rakan Islam kami yang tidak berpuasa. Maknanya, dia benci pada rakan kami itu kerana tidak mengikut hukum Islam.
Salam tuan. Banyak mutiara dapat saya kutip diteratak ini. Terima kasih. Keceluparan dan kata-kata nista ini sering terjadi. Semuanya mungkin kerana umat islam sendiri sudah gagal dalam beramal dengan ajaran mereka sendiri. Tiada contoh yang baik untuk orang yang bukan islam. Berpakaian misalnya mengalahkan rakan non muslim. Yang bukan muslim tahu bila nak masuk kemasjid mesti bertudung tetapi anak gadis kita senang-senang dan bersantai sahaja ketika memasuki rumah Allah.Dengan rambut terjuntai dan berseluar sendat terus melangkah gagah.
ReplyDeleteUntuk bukan muslim serulah mereka dengan hikmah tetapi yang sudah berpuluh tahun mengaku islam ini kaedah hikmah bagaimana pula yang perlu digunakan?
Salam, Syekh;
ReplyDeleteInilah antara cabaran yang menganga menanti kita. Sebab itulah dalam posting yang lalu saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan saya tentang bencana yang mungkin menanti kita (gempa, tsunami, ribut, dsb) kerana kita memicingkan mata terhadap pelbagai kesongsangan yang dilakukan.
Jika kita menjadi muslimin yang baik, kerja-kerja untuk menerangkan perihal Islam kepada bukan Islam tidak akan sesulit sekarang.