Syukur alhamdulillah, tragedi jambatan gantung runtuh di Sungai Dipang tidak sampai menelan 22 nyawa seperti laporan awal yang kita dengar dan kita baca. Pihak polis mengesahkan bahawa hanya 3 orang murid sahaja yang dihanyutkan air deras dalam kejadian itu. 1 mayat murid perempuan berbangsa India yang dikenal pasti sebagai Dina Deve a/p Nathan telah ditemui pada jam 8.40 pagi tadi (takziah kepada keluarganya). 2 orang murid lagi masih hilang (semoga mereka selamat).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Kong Cho Ha menafikan laporan awal yang mengatakan 22 orang murid telah hilang. Yang berlaku, kata beliau, pihak penganjur kem tersalah dalam membuat pengiraan murid (inilah bahananya mengajarkan Matematik dalam bahasa Inggeris).

(Sumber berita: Berita Harian Online)
Betul, betul kalau kira ikut bahasa melayu kan mudah je. Satu dua tiga......
ReplyDeleteSalam, Syeikh;
ReplyDeleteSang Kancil tidak silap mengira bilangan buaya kerana dia mengiranya dalam bahasa Melayu.