Di Negeri Sembilan, walaupun orang-orang Melayu yang berani mengubah pendirian sudah banyak, namun jumlahnya masih belum mencukupi untuk mengubah landskap politik di negeri itu. Walaupun ada kawasan yang dimenangi calon Melayu dari parti selain UMNO-BN, iaitu PKR dan PAS, tetapi jumlahnya sangat sedikit. Daripada 36 kerusi DUN, wakil Melayu PAS dan PKR hanya menang tiga di negeri itu, iaitu di:
- N13 Sikamat – Aminuddin Harun, PKR (majoriti 499),
- N14 Ampangan – Rashid Latif, PKR (majoriti 165), dan
- N25 Paroi – Mohd Taufeq A. Ghani, PAS (majoriti 1107).
Wakil Melayu dari UMNO-BN mempunyai 19 kerusi daripada 21 kerusi yang dimenangi mereka (dua lagi masing-masing dari MCA dan MIC). Hal ini bermakna daripada 36 kerusi DUN, orang Melayu mempunyai 22 kerusi (19 BN dan 3 PR) manakala 14 lagi bukan Melayu. Kesemua kawasan yang dimenangi, sama ada oleh BN atau PR, merupakan kawasan majoriti Melayu. (Memang ada beberapa kawasan yang dimenangi UMNO-BN sangat kecil majoritinya. Tetapi, banyak orang berpendapat bahawa yang mengecilkan jumlah majoriti itu bukan undi orang Melayu tetapi undi orang-orang selain Melayu!)
Berdasarkan hakikat ini, kemenangan TS Mohd. Isa di Bagan Pinang bukanlah sesuatu yang pelik, malah memang telah diduga oleh banyak pemerhati politik. Dengan dua ciri utama yang penting – sifat orang Melayu di negeri-negeri Selatan yang masih tebal kecintaannya terhadap UMNO-BN dan kebetulan 66% pengundi di Bagan Pinang ialah Melayu – maka kemenangan itu sudah memang terjamin untuk TS Mohd. Isa. Pihak PAS sendiri sekadar menyasarkan untuk mengurangkan majoriti UMNO-BN sahaja. Dengan kata yang lebih mudah, mereka tahu bahawa mereka tidak akan menang kerana mereka tahu bahawa negeri-negeri Selatan merupakan kubu UMNO-BN yang kebal.
Cuma yang tidak diduga pemerhati politik ialah kemenangan TS Mohd. Isa dengan majoriti yang sangat besar – 5 435 daripada 2 333 undi sebelum itu (PR12, 2008) – sedangkan kebanyakan pemerhati politik merasakan bahawa berdasarkan senario politik semasa, majoriti yang waras untuk diperoleh oleh TS Isa hanyalah sekitar 2 000 hingga 3 000 undi sahaja.
(Walaupun ada yang berhujah bahawa kemenangan UMNO-BN itu bukanlah kemenangan mutlak kerana mereka sekadar mempertahankan kerusi, namun saya berpendirian bahawa UMNO-BN memang menang, sama dengan kemenangan PAS dan PKR di kerusi-kerusi seperti di Manek Urai, Bukit Selambau, Permatang Pasir, dan lain-lain kecuali di Terengganu.)
Berdasarkan hakikat kemenangan TS Mohd. Isa itu, jelas bahawa di negeri-negeri Selatan, calon bukan faktor penting. Yang penting ialah parti. Kalau TS Mohd. Isa tidak menjadi calon pun, saya yakin UMNO-BN akan menang sama halnya dengan Datuk Seri Utama Rais Yatim yang terus menang apakala bertanding atas tiket UMNO-BN walhal pada tahun 1990 semasa bertanding atas tiket Semangat 46, beliau tewas dan “sejuk” seketika di arena politik negara.
(Di Malaysia, pada pandangan saya, calon tidak hebat. Jika calon itu hebat, di mana-mana pun mereka bertanding, mereka akan disukai dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Jika tidak percaya, letakkanlah Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan Dato’ Seri Anwar pula bertanding di Parlimen Sembrong. Isu juga tidak penting. Mainkanlah isu Kelantan mundur sama ada semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, orang Kelantan tetap memilih parti yang dicintai mereka. Mainkanlah isu kerendahan moral TS Mohd. Isa Samad, orang Bagan Pinang tetap cinta akan orang ini!)
Walau bagaimanapun, SYABAS Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.
Memang kawasan selatan merupakan kubu kuat UMNO sehingga kini.Mungkin sehebat liverpool atau Brazil dalam bolasepak. Tapi kini liverpool pun dah mula goyah. Rempuhan - rempuhan sderhana dan sekali-sekala kuat mungkin bakal melemahkan pertahanan kubu-kubu politik UMNO diselatan ini.Zaman anak-anak muda terdedah dengan pelbagai sumber perlu diambil kira. Zon selatan mungkin bukan zon selamat lagi untuk waktu mendatang.
ReplyDeleteSalam, Syekh;
ReplyDeletePAS, PKR, dll tidak boleh mengharapkan senario sedemikian datang dengan sendiri. Mengambil contoh Bagan Pinang, kita wajar bertanya, adakah PAS bergerak dengan proaktif sebelum adanya PRK lagi? Dengan kata lain, adakah PAS mendekati masyarakat sebaik-baik sahaja kalah pada PRU12 lalu. Sebagai pengajaran, selepas ini PAS dengan bantuan PKR dan DAP, harus bergerak aktif dengan masyarakat, bukan sekadar berkelompok dengan ahli-ahli sahaja.
Harapnya kemenangan Tan Sri Isa memberi manfaat kepada penduduk di sana.
ReplyDelete"Kemenangan ini menunjukkan rakyat menolak pembangkang" kata pemimpin itu. Ahaks
Sdr Riza;
ReplyDeleteKata-kata apabila menang. Maknanya kemenangan pembangkang yang lalu "menunjukkan sudah 7 kali rakyat menolak kerajaan!"
Dungu juga pemimpin itu.
asah kalah aje ko kata la org2 selatan pekat umno la, undi hantu la, makan rasuah, bla bla...
ReplyDeletecuba menang , sat cerita pun tarakk...
dasar typikal pas .....
zul-hensem
Salam, Zul Hensem;
ReplyDeleteSalah tu. Saya bukan UMNO, bukan PAS apatah lagi PKR. Saya bercerita yang hakiki. Di Selatan-selatan memang rakyatnya pekat BN (bukan UMNO je). Ikuti analisis politik di TV, Sdr akan mendengar ulasan yang sama. Hakikat ini sama dengan orang di Kelantan yang tebal PASnya.
Siapa-siapa pun menang, asal Melayu-dengan roh Islam, saya sokong. Saya agak sukar menerima kerangka pemerintahan yang berjalan di Selangor sekarang. Kalau inilah kerangkanya, agak menakutkan.
Yang berlegar dalam diri saya sekarang ialah saya memahukan PERUBAHAN dan soalnya PERUBAHAN bagaimanakah yang dapat kita harapkan daripada orang yang pernah dijatuhi hukuman oleh UMNO sendiri.
aku hanya tersenyum dgn ulasan sdr zul. yg berpusing-pusing, berputar-putar tetapi sebenarnya sudah pun menyimpulkan jawapannya pd ayat pertama lagi berkaitan faktor kekalahan PAS di Bagan Pinang hanyalah SATU shj - kecintaan & keasyikan org melayu di selatan pd UMNO/BN.
ReplyDeleteitu saja!
Salam,
ReplyDeleteSaya bukan sahaja mengatakan orang Selatan pekat UMNOnya, tetapi saya juga mengatakan orang Kelantan pekat PASnya. Fahami keseluruhan isi. Sebagai orang berkecuali, ada pendirian saya yang condong ke PR, tetapi banyak yang tidak condong, seperti yang saya katakan terhadap pentadbiran di Selangor. Hakikat kecintaan itu saya kutip daripada beberapa orang pemerhati politik pasca PRU-12 dahulu dan melalui pemerhatian saya juga.
Apa-apa pun, terima kasih memberikan komen ini.