Friday, April 23, 2010

kilabreT, likbaTer: Semuanya Terbalik

  • Janganlah kamu memuji-muji kawan kamu kerana esok mungkin dia akan menjadi musuh kamu. Janganlah kamu mencela musuh kamu kerana esok dia mungkin akan menjadi kawan kamu.
  • Rasulullah SAW memulakan perkembangan siasah Islam di masjid dan kita melarang masjid digunakan untuk tujuan itu.
  • Kita menubuhkan Institut Integriti Negara dan merangka Pelan Integriti Nasional tetapi umpan dan imbuhan bertaburan di sini.
  • Orang bebas keluar masuk organisasi kesukaannya bila-bila masa, tetapi kita memilih untuk membesar-besarkannya pada waktu ini.
  • Kita mencela orang yang minum arak, tetapi di pinggir Lebuh Raya Persekutuan terdiri kilang arak.
  • Islam menganjurkan umatnya memilih orang yang seagamanya sebagai pemimpin, kita sibuk menonjolkan pemimpin yang bukan seagama dengan kita di kawasan kita.

Semuanya menjadi Halal demi KUASA.

2 comments:

  1. Salam.Apabila manusia tiada ingatan mati esok harinya....dan sentiasa ingin memenuhi nafsu yang lebih degil dari syaitan...maka akal pun dipinggirkan dan menanglah nafsu...bertepuklah syaitan kerna kerjanya dimuahkan.Allah maha besar.

    ReplyDelete