Monday, October 19, 2009

16 September Diisytiharkan sebagai Cuti Umum Hari Malaysia Mulai Tahun 2010

YAB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan bahawa mulai tahun hadapan, tarikh 16 September dijadikan sebagai cuti umum di seluruh negara sebagai memperingati Hari Malaysia.

Hal ini diumumkan beliau pada sidang Dewan Rakyat pagi ini. Dengan perisytiharan ini, rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan, iaitu Hari Merdeka pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.

Menurut YAB Dato’ Seri Mohd. Najib, pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

Hari Merdeka mengingatkan kita kepada perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah manakala Hari Malaysia diraikan pada setiap tahun untuk memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia yang membabitkan penyertaan Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.

Hari Merdeka akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu. Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara yang bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan, dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosiobudaya, kesenian, dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.

KOMEN SAYA

Sebagai pekerja, pertambahan cuti umum ini memang bagus kerana menambahkan cuti rehat rakyat Malaysia. Sebagai majikan, pengumuman ini tentu kurang menggembirakan mereka, agaknya.

4 comments:

  1. Dari mana idea cuti pada 16 september ni dapat tuan?

    ReplyDelete
  2. Ha, ha! Tentulah dari mata turun ke hati, dari PR turun ke BN. Baguslah, idea yang baik apa salahnya diambil.

    Cuma, nanti belanja sambutan meningkatlah kerana kena tanggung belanja sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Tak apa tuan belanja meningkat. Kalau ikut peraturan teruskanlah. Jangan 10% hari merdeka 25% hari malaysia. Maaf ya tuan.

    ReplyDelete
  4. Tak pelik kalau memang akan berlaku demikian, kan.

    ReplyDelete