Pelbagai objek dibaling, mercun berdentum-dentam, kain rentang serta kerusi dibakar, petugas dicederakan – demikianlah antara insiden yang berlaku dalam perlawanan akhir bola sepak antara pasukan Negeri Sembilan dengan Kelantan baru-baru ini. Kesemua insiden dikatakan melibatkan penyokong pasukan Kelantan. Sehingga demikian, berkatalah Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad:
“FAM sering memberi nasihat kepada penyokong-penyokong Kelantan tetapi sudah tidak dapat dibendung kerana ia (seperti) sudah menjadi satu budaya kepada mereka. Sudah tentu kehadiran 1 400 anggota pasukan keselamatan ataupun sehingga 10 000 tidak mampu untuk mengawal mereka dalam masa serentak,” katanya kepada pihak Bernama.
Pada mulanya, saya rasa cukuplah sudah hal tentang perlawanan akhir Piala Malaysia itu diceritakan. Tetapi apabila mengingatkan kenyataan Setiausaha Agung FAM yang mengatakan sikap liar penyokong Kelantan sebagai suatu budaya, saya berasa terpanggil untuk bercerita semula. Saya berpendapat, beliau tidak harus berkata demikian sehingga menggores hati dan perasaan penyokong pasukan Kelantan yang lain.
Pada pandangan saya, sikap liar yang diperlihatkan oleh penyokong Kelantan itu bukanlah suatu budaya tetapi merupakan suatu bentuk “kejahilan” dalam memahami erti sukan. Sukan sangat menuntut kerasionalan – menang berseronoklah, kalah redholah. Kalah bukan bermakna lemah, menang bukan bererti kuat. Kalau hendak beremosi, cukuplah dengan menangis seperti penyokong kelab-kelab Inggeris yang menangis apabila kelab yang disokong mereka tergelincir dari Liga Perdana. Ketakrasionalan orang Barat yang mengamuk dan merusuh atas sesuatu kekalahan jangan diikut dan diteladan. Apakah faedahnya perbuatan itu kepada diri dan pasukan kita?
Cuma yang mencetuskan tanda tanya, bagaimanakah para penyokong dapat membawa masuk mercun dan bunga api ke dalam stadium walhal sesetengah bunga api yang dibawa masuk bersaiz hampir sebesar botol air mineral 1.5 liter! Bagaimanakah mereka menyorokkan objek sebesar itu hingga tidak terlihat oleh pihak yang bertugas?
Memiliki bunga api secara haram, di tempat awam seperti itu, sangat berbahaya kepada semua orang. Kalaulah ada sekerat dua “orang gila” dalam kalangan penonton yang tidak menghalakan muncung bunga api itu ke udara sebaliknya menghalakannya ke sisi atau ke seberang padang hingga barangkali sampai ke tempat duduk VVIP, bagaimana? Kalau FAM hendak mengenakan tindakan kepada Kelantan atas sikap penontonnya itu, FAM juga wajar dikenakan tindakan kerana “membenarkan” mercun dan bunga api dibawa masuk ke dalam stadium!
Macam kuali mengatakan buntut belanga hitam pulak!

sdr zul membuat spekulasi biarpun tidak berada di sana. di tempat kejadian itu.
ReplyDeletesdr zul perlu usul periksa dulu KENAPA penonton dibenarkan masuk tanpa diadakan 'body check' spt dirancang pd awalnya. antaranya, faktor hujan lebat,menyebabkan penonton berpusu-pusu nak masuk awal ke stadium. ramai yg dah mula terhimpit di gate. bimbang berlaku kejadian yg tidak diingini, cedera mungkin, maka petugas menggunakan budi bicara membuka pintu lebih awal dan tanpa sebarang pemeriksaan.
sdr. zul perlu lebih berhati-hati menulis jangan nak 'tembak' aje...macam kuali mengatakan buntut belanga hitam
Sdr Anon;
ReplyDeleteSaya tak buat spekulasi dan tembak apa-apa pun. Saya sekadar bertanya "bagaimanakah para penyokong dapat membawa masuk mercun dan bunga api ke dalam stadium walhal sesetengah bunga api yang dibawa masuk bersaiz hampir sebesar botol air mineral 1.5 liter! Bagaimanakah mereka menyorokkan objek sebesar itu hingga tidak terlihat oleh pihak yang bertugas?"
Alhamdulillah, berdasarkan penjelasan Sdr Anon, memang tidak dibuat "body check" terhadap penonton dan dengan itu hampir segalanya dapat dibawa masuk.
Akhirnya, kerana bimbang tidak ada insiden tidak diingini berlaku di pintu pagar, maka terjadilah insiden yang tidak diingini di dalam stadium.
Kegagalan pihak yg mengawal pun perlu diambil kira.Kalau kaedah sudah lapuk fikirkan teknik baru. Musa Hasan kena berfikir lebih ligat lagi...sebagaimana mereka berfikir untuk halang speaker perak yg sah memasuki DUN perak.
ReplyDeleteya, yang jelas bersalah dan tidak mengikut peraturan itu tak salah.
ReplyDeleteyang salah adalah penguat kuasa jua.
MUDAH bukan...
kenapa final piala malaysia tahun ni sahaja ada insiden pesta bakar mercun, bakar kerusi dan bakar kain rentang?
ANEH bukan...
Salam, Syekh Muaz;
ReplyDeleteYa, daripada satu sudut memang aspek pengawasan perlu dibaiki untuk melayan penyokong fanatik Kelantan waima mana-mana pasukan sekalipun. Hal berkaitan kawalan ketat ini dilakukan FAM semasa Kelantan menentang Selangor dalam final Piala FA April lalu.
Sdr. Anon;
Final Piala FA pada 25 April 2009 lalu juga melibatkan Kelantan. Mereka kalah melalui tendangan penalti. Alhamdulillah, tiada pesta seperti yang Sdr katakan itu.
Dalam konteks posting ini, saya katakan bahawa penyokong Kelantan "jahil" dalam memahami konsep sukan. Apabila "jahil", yang tidak wajar menjadi wajar kepada mereka. Dan sifat ini sangat salah. Membakar harta awam suatu perbuatan vandalisme yang tidak harus dimaafkan. Membakar bunga api dan menghalakannya kepada pemain lagilah gila!
Jadi, saya tidak puas hati dan berasa aneh bagaimanakah objek-objek seperti bunga api dan mercun itu dapat dibawa masuk. Rupa-rupanya tidak dibuat "body check" seperti Final Piala FA dahulu. "Body check tidak dilakukan pada kali ini kerana hendak mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku dalam asakan lautan manusia itu (boleh menyebabkan ada yang mati terpijak dan terhimpit). Terima kasih, Sdr Anon.
security kena tinggi..ini isu security....memang isu security...!!!!
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteBagi kami sesuatu virus yang amat pelik telah melanda FAM sejak sekian lama terhadap pasukan Kelantan.
Kelantan sajakah yang bertindak ganas? Bagaimana pula dengan sikap dan tindakan ganas penyokong Perlis semasa Separuh Akhir Kedua menentang Kelantan tempohari? Bukan sebuah dua kereta penyokong Kelantan yang dirosakkan? Malah aksi didalam stadium pun boleh tahan. Bukti sangat jelas sehinggakan pemain Kelantan yang sedang terbaring pun dibaling dengan mercun, betul-betul ditepi telinga dan dapat dilihat dengan amat jelas sekali dalam TV1. Penyokong Kelantan juga terpaksa dikurung dalam stadium kangar hampir sejam untuk elakkan kejadian lebih buruk daripada berlaku.
Bagaimana pula dengan penyokong Terengganu yang masuk ke padang dengan tujuan untuk mengasari pegawai perlawanan? Tidak ganaskah semua tu?
Kelantan dihukum bukan sebab 'keganasan' penyokongnya, tetapi sebab nama negerinya Kelantan, yang diperintah oleh PAS dan tidak sebulu dengan puak2 FAM.
http://www.pemudakemehe1.blogspot.com
Sdr Daud: betul, yang terjadi memang soal sekuriti. Bukankah mencegah leih baik daripada mengubati?
ReplyDeleteSdr Pemudakemehe: Tidak kira Perlis, Kelantan, Terengganu, dan sebagainya. kita tidak wajar menjadi ganas. Saya tidak tahu bagaimana FAM menyorot hal ini tetapi isu dalam posting saya ialah kenyataan Setiausaha Agung FAM yang mengatakan keganasan sudah menjadi budaya orang Kelantan adalah sangat melampau. Tidak ada rakyat Malaysia yang menjadikan keganasan sebagai budaya mereka.