Dalam kalangan pengguna, khususnya para editor buku-buku pelajaran seperti kami yang dahaga akan maklumat daripada kerajaan, hal ini sudah lama kami sungutkan. Saya yakin bahawa bukan para editor seperti kami sahaja yang “merungut”, tetapi para pengguna daripada sektor lain juga. Hal ini demikian kerana banyak maklumat, data, fakta, dan input yang kami inginkan tidak kami peroleh atau jika diperoleh pun sesetengahnya bukanlah yang terkini sedangkan semua itu sangat kami perlukan untuk mengetahui data yang tepat dan benar.
Sungutan kami itu akhirnya “terdedah” juga ke muka umum apabila oleh Y.Bhg Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sendiri mendedahkannya. Menurut beliau, hanya 7 laman web atau 0.65% daripada 1 192 portal dan laman web kendalian kementerian serta agensi kerajaan yang disenaraikan memperoleh penilaian lima bintang oleh pihak Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC). Angka ini sangat kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan portal dan laman web kerajaan yang ada.
Laman-laman web yang mendapat pengiktirafan lima bintang itu ialah laman web kendalian Kementerian Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pejabat Kerajaan Negeri Selangor, dan portal myGovernment.
Oleh itu, Y. Bhg KSU meminta semua ketua jabatan “melakukan sesuatu” bagi memulihkan imej mereka dan seterusnya mendapatkan keyakinan rakyat semula.
“Saya harap hasil laporan MDEC ini diambil serius oleh mereka yang berkenaan dan saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa arahan memandangkan mereka ini bukannya golongan tidak cerdik, jadi sepatutnya mereka faham sendiri tentang tanggungjawab mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar “Perubahan 1Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan dalam Talian: Amalan Utama untuk Berubah” di Kuala Lumpur.
“Hasil laporan itu juga sebenarnya satu cabaran kepada mereka (kerana) jika tujuh laman web ini boleh mendapat penilaian lima bintang, jadi kenapa selebihnya tidak boleh mendapatkan pengiktirafan sama,” katanya.
Tan Sri Mohd. Sidek berharap agar kementerian dan agensi yang belum mencapai tahap yang membanggakan itu mencari jalan untuk menambah baik kandungan laman web kendalian mereka.
ULASAN SAYA

- Teknologi maklumat dan komunikasi sangat pesat perkembangannya. Namun, apabila kita menjengah sesetengah portal dan laman web kementerian dan agensi kerajaan tertentu, “kemeriahan” yang terhasil daripada perkembangan ini hampir tidak wujud langsung. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada keadaan ini ialah pihak-pihak yang terbabit tidak peka dan sambil lewa terhadap perkembangan ini. Mungkin memikirkan teman dan tempat untuk bermain golf bagi mendapat kepuasan yang palsu itu lebih penting daripada memikirkan kepuasan yang dapat diperoleh rakyat daripada usaha mereka memeriahkan laman web dan portal kementerian dan agensi yang dipimpin mereka.
- Kurangnya portal dan laman web kementerian dan agensi kerajaan yang tersenarai sebagai bertaral lima bintang “menggambarkan” bahawa kementerian-kementerian dan agensi-agensi terbabit tidak menyalurkan peruntukan yang sewajarnya untuk memeriahkan portal dan laman web mereka. Jadi, ke manakah perginya peruntukan itu?
- Kurangnya portal dan laman web kementerian dan agensi kerajaan tertentu yang tersenarai sebagai bertaral lima bintang juga “menggambarkan” bahawa para petugas yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan portal dan laman web tertentu telah tidak melaksanakan tanggungjawab mereka, tidak kreatif, tidak inovatif, dan tidak informatif. Dengan kata yang lebih tepat, mereka malas, cuai, dan culas.
Inilah yang kita ada. Kalau tidak, tak kanlah Y. Bhg Tan Sri KSU sampai berkata, “Saya harap hasil laporan MDEC ini diambil serius oleh mereka yang berkenaan dan saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa arahan memandangkan mereka ini bukannya golongan tidak cerdik, jadi sepatutnya mereka faham sendiri tentang tanggungjawab mereka.”
Putra Rocker;
ReplyDeleteCun blog awak!
Dasyatnya malaysia tanahairku...... sekolah yang ada makmal komputer tapi tak digunakan langsung ada tak tuan?
ReplyDeleteSalam, Syekh;
ReplyDeleteHarus ada yang demikian rasanya. Inilah negara kita.