Sebagai sebuah parti besar yang berpengalaman dan sudah mendominasi negara ini sejak sebelum merdeka serta arif akan sepak terajang politik, UMNO-BN tidak seharusnya membuat kesilapan mudah di Matang Pasiak (Permatang Pasir). Memilih calon yang tidak dilihat atau kelihatan “bebas masalah” seperti Rohaizat Othman yang tercalit oleh kontroversi berikutan pembatalan lesen peguam sivilnya, telah menjadi bonus kepada parti seterunya – PAS-PR – untuk menyerang. Dalam hal ini, sekali lagi UMNO menjadi pihak yang bertahan kerana memilih orang yang dikatakan oleh pihak Majlis Peguam telah dibatalkan kelayakan guamannya pada 7 Mac 2008 kerana kesalahan yang “berkaitan dengan akaun klien”.
Sebagai akibat ketidaktelitian daripada pemilihan Rohaizat itu, TS Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO, terpaksa membuat penjelasan tentang isu tersebut – bahawa kes pelucutan kelayakan Rohaizat Othman sebagai peguam bukan satu isu kontroversi. Di pihak PR, khususnya PAS, pemilihan Rohaizat itu memberikan kelebihan kepada mereka untuk membuktikan bahawa calon mereka lebih layak dipilih oleh sebahagian besar daripada 20 290 orang pengundi di DUN kawasan itu.
Perlu diingat, dalam pilihan raya kecil ini, UMNO-BN sekali lagi memainkan peranan sebagai perampas kerana DUN Permatang Pasir itu telah berada di bawah kuasa PAS sejak tiga penggal yang lalu (Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman memenanginya tiga penggal berturut-turut).
Masih kurang jelas, adakah label ANWAR PENGKHIANAT MELAYU yang diutarakan oleh TS Muhyiddin Yassin yang kemudiannya diikuti dengan beberapa perhimpunan dan keakuran di media-media arus perdana itu mampu untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu. Secara peribadi, saya rasa tidak berkesan sangat. Apatah lagi isu PPSMI yang pada awalnya sudah tampak akan selesai kini memperlihatkan hal yang sebaliknya. Saya yakin, hal ini turut menjadi isu penting dalam kempen PAS-PR.
Selamat maju jaya kepada kedua-dua orang calon dan parti yang bertanding. Tetapi, ada hal yang lebih penting yang perlu diberi perhatian, iaitu ancaman virus kerbau pendek. Alangkah eloknya kalau PAS dan UMNO dalam kempen mereka sama-sama menasihati pengundi dan pemerhati di Permatang Pauh supaya mengawasi ancaman H1N1 itu dan kemudiannya sama-sama bersolat hajat di mana-mana musolla dengan matlamat yang sama – keselamatan umat daripada ancaman wabak itu.

Salam. Barangkali sudah ketandusan pemimpin dalam parti besar ini. Sepatutnya biar menang tanpa bertanding je tadi tu.
ReplyDeleteSalam jua
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju kalau tiada pertandingan. Sepatutnya BN tujukkan keperihatinan terhadap masalah H1N1. Alasan yang kuat untuk tidak bertanding. Barulah rakyat didahulukan!
Assalamualaikum
ReplyDeleteSebenarnya isu selsema babi dan kandang-kandang babi itu harus menjadi keutamaan media
dan kerajaan, bukan Pasir. Tetapi apa boleh buat ini soal maruah politik kepartian. Peratus kematian berdasarkan jumlah penduduk negara berbanding negara-negara lain elok dihuraikan bagi mengukur tahap kemajuan bangsa juga.
Salam Dato',
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkunjung dan memberikan komen.
Saya melayari laman web WHO semalam dan membuat perbandingan tentang H1N1 ini. Sangat mengejutkan kerana peratusan peningkatan di negara kita bagi tempoh 7 Ogos-14 Ogos (seminggu) ialah 300%. Negara Thai baru 20% (daripada 10 043 yang terjangkit, 97 mati sehingga 14 Ogos)!
Kita masih (maksudnya "mereka" tetapi kita sebahagian daripada mereka) tidak tahu akan keutamaan! Matang Pasiak juga nak direbutkan sedangkan kalau menang pun tidak menjadikannya majoriti di ADUN negeri itu.
Salam. Pasir tinggi harganya tu sebab nak direbut...boleh jual kat singapore..
ReplyDeleteStatistik setinggi tu pun gomen wat selambe rock je......
Mungkin Malaysia nak catatkan jumlah kematian tertinggi ...... supaya nama dapat dicatat diWHO...glemer dapat.
Salam, Sdr Muaz,
ReplyDeleteKita popular dalam banyak perkara - kadar kemalangan maut di jalan raya kita adalah antara yang tertinggi di dunia, kita juga dikatakan menjadi transit penting perdagangan manusia, nampaknya yang ini pun kita nak jadi yang tertinggi jugak! Popular, memang popular!